Puisi buat Ibu
Di saat ini
Kutatap wajahmu
Sugul, monyok
Tiada ceria walaupun secebis
Kerisauan menjengah di dada
Kerana ku tahu,
Kemurunganmu sudah tiba.
Teringat di benak fikiranku
Bait-bait katamu
Beberapa hari terdahulu
Tentang kerisauanmu
Serta gangguan fikiran yang bertalu-talu
Ku cuba sedaya upayaku
Menjadi pendengar, pemujuk
Dan peneman di kala kemurunganmu.
Tidak ku kesali
Berada di sini
Menemanimu, menempuhi hari-hari tua
Kerana
Bila tiba saatku menghadap Tuhan
Di akhirat nanti
Akan ku ceritakan padaNya
Kasih sayang yang ku curahkan
Serta air mata yang mengalir deras
Buat ibuku
Yang diamanahkan olehNya padaku.
Ibu, maafkan aku
Kerana terbatasnya dayaku
Dalam membantumu
Aku hanya mampu menjadi peneman
Terkadang ku sendiri dilanda kemurungan
Namun syurgaNya menjadi pemujukku
Mendorongku untuk bertahan
Hatiku terasa lebih cekal
Pabila ku terbayangkan
Kita berkasih sayang di syurgaNya kelak.
Semoga Tuhan makbulkan
Amin ya Rabbal ‘Aalamin.
Comments
Post a Comment
Wanna share your insight or have a thought?